rubi hatiku

Monday, December 12, 2005

Renungan

Kalau tidak tabah dan ikhlas dalam menanggung kepayahan tidak akan mendapat kemenangan, Orang yang tidak tahan dikerumuni lebah tidak akan mendapat manisan - Zahid

Kaya adalah salah satu tujuan untuk bahagia, akan tetapi orang yang kaya ialah orang yang suka memberi bukannya baynak harta – Hukamak

Keadilan yang ada pada diri seorang raja, laksana membentuk mutiara. Meskipun yang empunya telah mati, tetapi mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah lembut. Jika tiada apa, lebih baik berdiam diri.

Kebesaran seseorang itu begantung dengan hatinya walaupun ia hanya sekeping hati – Saiyyidina Ali KAW

0 Comments:

Post a Comment

<< Home